13 Tahun Dahulu.{11:37 AM}
Tuesday, August 16, 2011
Assalamualaikum.
sekian lama aku tak update, sibuk.
kali ni, aku nak cerita sebuah kisah,
kisah seorang budak.
Tanggal 1.3.1991, lahirlah seorang budak ke dunia yang banyak cabaran ni.
dia dilahirkan dalam keluarga yang sederhana,
bapanya seorang penjawat awam manakala ibunya suri rumah tangga sepenuh masa.
apa yang menarik, tarikh lahirnya sama dengan ayahnya. secara tak langsung, budak itu adalah hadiah hari jadi ayahnya.
dibesarkan, dididik dengan cara sepertimana ibu bapa lain lakukan.
buadak itu bebas untuk bermain bersama rakannya, walaupun sentiasa dalam pemerhatian bapanya. tempat tinggalnya cukup sederhana, tiada apa yang mewah.
tapi, mereka tetap bersyukur. ayahnya penat bekerja siang dan malam.
ibunya pula penat menjaga anaknya yang sentiasa mahu bermain dengan rakan2nya.
kanak2, biasalah. sentiasa mahu bergelak ketawa biarpun sudah larut malam.
setiap petang, rakannya akan mengajaknya untuk bersama2 bermain bola di padang.
bukan itu saja, galah panjang, nyorok2, baling selipar, merupakan rutin hariannya.
BEBAS. tak perlu memikirkan perasaan malu, segan. biasalah, budak2.
tapi, kenangan itu sudah lama berlalu.terasa sungguh cepat masa itu berlalu. budak itu pun
sudah menjadi semakin dewasa. bila dikenang kembali, budak itu berasa sungguh rindu,
dan kalau boleh, ingin selama-lamanya kekal berada dalam dunia itu. alangkah indahnya masa tu. kalaulah dia boleh putarkan masa. dah lama dia kembali ke zaman kegirangan tu.
makin hari, makin dewasa, banyak pengalaman pahit dan manis telah dilaluinya.
keluarganya juga sudah 7 tahun tinggalkan tempat asal tu. banyak yang dah berubah.
tiada lagi gelak tawa sepertimana suatu masa dahulu.....apakah yang akan berlaku pada budak itu pada masa akan datang?